Lewandowski: Arsenal Tidak Layak Menang

Pemain berusia 25 tahun ini percaya, sepatutnya mereka memperolehi sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan rabu lalu di Signal Iduna Park

Robert Lewandowski berusaha melepasi pemain pertahanan Arsenal dalam perlawanan rabu lalu


Robert Lewandowski berkata, Arsenal tidak layak untuk menewaskan Borussia Dortmund ketika kedua-dua pasukan bertemu pada malam rabu lalu dengan keputusan jaringan 1-0.

Pasukan yang bermain di pentas akhir musim lalu itu lebih banyak mencipta peluang untuk memecah kebuntuan, tetapi gagal untuk mencecah jaring, dan akhirnya dihukum dengan jaringan tunggal daripada Aaron Ramsey bagi memberikan kemenangan kepada pendahulu England Premier League, Arsenal.

"Kami tidak sepatutnya kalah pada perlawanan itu, tetapi semuanya sudah terlambat sekarang," Lewandowski, 25, berkata kepada wartawan.

"Kami diberi banyak masa untuk melakukannya dengan betul, tetapi kini hanya tinggal dua saja lagi perlawanan dan enam mata itu mesti diraih.

"Adakala bolasepak memang begitu. Kami memperolehi tiga atau empat peluang terbaik tetapi tidak berjaya menyudahkannya. Mereka pula hanya mempunyai satu dan telah menjaringkannya.

"Pada akhirnya, jaringan itu kekal dan itulah keputusannya. Kami harus mengalahkan Napoli selepas ini."

Dortmund berada di kedudukan ketiga ketika ini didalam Kumpulan F dengan enam mata dari empat perlawanan, ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu Arsenal dan Napoli yang berkongsi sembilan mata tetapi dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top